Berikut adalah beberapa Firman Allah
swt untuk renungan dan ingatan bersama:
1.
Katakanlah
(wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa
yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan
baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya;
dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki." - Surah
al Saba’ 34:39
2.
‘Dan
ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya
Allah pada sisiNya itu adalah ganjaran yang besar.’ – surah at-Taubah : 28
3. ‘Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara
pendita-pendita dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang
ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah
(agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak
serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada
mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.’ - Surah
at Taubah 9:34
4.
‘Demi sesungguhnya
kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan
(dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta
benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada
orang-orang yang sabar.’ – surah Al-Baqarah : 155
5.
‘Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada
sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-hamba-Nya (Allah)
adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat).’ - Surah
Al-Israk : 30
No comments:
Post a Comment