Sehubungan dengan tajuk ini saya memetik sebahagian isi kandungan buku 'Hibah - pemberian semasa hidup'. Buku ini ada di jual di link berikut:
http://www.zuma-ikhlas.blogspot.com untuk buku fizikal
http://www.zumaikhlas.com untuk buku digital.
Masalah perlaksanaan hibah
Satu
keadaan boleh berlaku (contoh sahaja) dimana sipenghibah (mauhib) telah
menghibahkan sebidang tanahnya kepada salah seorang cucunya. Sipenghibah membuat hibah itu tanpa
pengetahuan kesemua anak-anaknya. Sebelum sempat hartanah yang dihibahkan itu
dapat dipindahmilik kepada cucunya, sipenghibah
meninggal dunia. Apabila cucunya memaklumkan kepada anak-anak simati
mengenai hibah tersebut kesemua anak simati meminta bukti keujudan hibah.
Apakah yang terjadi sekiranya cucu simati membawa satu tindakan Mahkamah
terhadap anak-anak simati kerana semua bukti yang ada habis dipertikaikan oleh
waris simati? Tindakan itu pula dibawa
tanpa menunggu Pentadbir Harta Pusaka Simati dilantik oleh Mahkamah atau
Pegawai Harta Pusaka Kecil.
Setelah mauhib meninggal dunia, maka
sebarang hibah yang telah dibuat olehnya dan setelah sempurna rukunnya tetapi
belum dibuat pemindahan milik, adalah tetap masih berkuatkuasa. Ianya tidak
luput. Harta yang dihibahkan sedemikian dinamakan ‘harta simati yang mempunyai hak-hak bergantung’ dan boleh dituntut
dari harta pusaka simati serta perlu diselesaikan terlebih dahulu (sebelum
harta itu difaraidkan kepada waris-waris simati) dan perlu dicabut terlebih
dahulu dari harta yang ditinggalkan simati.
Perkara ini jelas dinyatakan dalam kes
MOHD RANI IDRIS & yang lain.
Untuk
menjelaskan lagi isu ini diperturunkan dibawah ini beberapa kata-kata Yang Arif
Hakim Ismail Yahya dalam kes MOHD RANI
tersebut itu:-
(a)
“Persoalannya, bolehlah harta sepencarian … dibuat
tuntutannya keatas harta pusaka simati? Mengenai persoalan ini saya merujuk
kepada pendapat Imam Syafie di dalam kitab Al-Um ... [dan
saya juga merujuk kepada] kitab Bughyatul
Mustarsyidin … [lantas] saya berpuas
hati bahawa tuntutan harta sepencarian boleh
dibuat keatas harta pusaka simati.”- [penambahan oleh penulis]
(b)
“Berikutnya timbul pula persoalan, pada ketika
manakah harta sepencarian boleh dituntut dari harta pusaka simati? Saya
berpendapat apakala timbul tuntutan keatas harta pusaka simati, samada tuntutan
itu merupakan tuntutan harta sepencarian maupun tuntutan hibah atau seumpamanya, kita hendaklah merujuk kepada nas
asal dalam Hukum Syarak iaitu Al-Quran dan Al-Hadis”
-
(c)
[setelah
merujuk kepada ayat 11 Surah An-Nisa’ serta mukasurat 273 kitab Fiqhul Islam Wa
Adillatuhu dan mukasurat 3 - 4 kitab Mugni al Muhtaj] Yang Arif Hakim itu
berkata:-
“Dari
penjelasan diatas, sekiranya terdapat sesuatu tuntutan keatas pusaka orang
Islam … fakta persoalan berikut hendaklah diselesaikan mengikut tertib (satu
persatu);
Pertama:
Adakah
harta-harta simati yang ditinggalkan itu mempunyai hak-hak yang bergantung
kepada harta itu sendiri yang boleh terdiri dari:
- …
- …
- …
- ...
- …
- Hibah yang telah dibuat oleh simati dan telah sempurna rukunnya
tetapi belum dibuat pemindahan hak milik
- …
…
Kelima:
Setelah itu
barulah harta-harta simati yang berbaki lagi dibahagikan kepada ahli-ahli waris
mengikut Hukum Faraid.” -
(d)
“Mengikut urutan diatas, dapatlah dikatakan bahawa
sekiranya didalam perbicaraan tarekah harta simati, sebelum urutan kelima
dibuat, urutan-urutan pertama hingga keempat hendaklah dikemukakan jika ada.
Jika tidak dikemukakan, ianya bermakna perkara-perkara yang ada dalam tiap-tiap
urutan itu adalah tidak ada atau tidak mahu dituntut oleh pihak-pihak. Pendapat
saya ini adalah bertepatan dengan peruntukan ss.13 dan 14 Akta Harta Pusaka
Kecil (Pembahagian) 1955” -
(e)
“Saya berpendapat, Plaintif-Plaintif sepatutnya
membangkitkan dan membuat tuntutan harta sepencarian Nik binti Abdullah, simati
dengan suaminya Awang bin Mat Zin, simati didalam perbicaraan guaman tarekah
kecil harta pusaka Awang bin Mat Zin pada 15/8/1995 itu. Pendapat saya ini
adalah berdasarkan kepada kehendak s.19 Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)
1955.” –
(f)
“Memandangkan Plaintif-Plaintif telah tidak
menggunakan saluran tuntutan dengan betul menurut undang-undang dan Hukum
Syarak, jelaslah Plaintif-Plaintif telah membuang masa Mahkamah. Oleh yang
demikian saya berpendapat, segala kos
yang terbit akibat tuntutan ini, hendaklah kesemuanya ditanggung oleh
Plaintif-Plaintif”
-
Didalam isu yang
ingin dibincangkan di sini penulis berpandangan bahawa sepatutnya tuntutan
sedemikian harus dibuat dan ditimbulkan didalam perbicaraan di Pejabat Pusaka
Kecil terlebih dahulu. Untuk keadilan, Defendan-Defendan dan semua waris yang
lain kepada harta pusaka simati perlu dihadirkan di perbicaraan tarekah itu.
Penulis
juga berpandangan bahawa dalam situasi
tersebut:-
(a) hartanah yang terlibat tiada dalam
milikan kesemua mereka (yakni cucu simati dan anak-anak simati). Mereka tidak
ada apa-apa kepentingan didalam hartanah yang terlibat.
Yang
Amat Arif Hakim Rayuan Sheikh Ghazali Abdul Rahman didalam kes JUMAATON AWANG mengatakan :-
“Dalam
perkara seperti yang disebut di awal penghakiman, terdapat banyak kes yang
memutuskan seorang waris tidak ada apa-apa kepentingan dalam mana-mana harta
yang menjadi atau dikatakan menjadi harta pusaka selama pentadbiran harta
pusaka itu belum selesai. Kes yang terbaru mengenai perkara ini ialan PUNCAK KLASIK SDN BHD lawan FOH CHEONG
& ANAK_ANAKNYA SDN BHD [1998] 1 CLJ 601.”
No comments:
Post a Comment