Rukun Hibah dan Syaratnya
Sesuatu akad hibah tidak akan terbentuk melainkan
setelah memenuhi rukun dan syarat berikut:
i. Pemberi hibah (al-Wahib)
Pemberi
hibah hendaklah seorang yang berkeahlian seperti sempurna akal, baligh dan
rushd (matang dan berkemampuan menguruskan harta). Pemberi hibah mestilah tuan
punya barang yang dihibahkan. Oleh sebab pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke
atas hartanya, hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang
disukainya termasuk kepada orang bukan Islam, asalkan maksudnya tidak melanggar
hukum syarak.
ii. Penerima hibah (al-Mawhub lahu)
Penerima
hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan mempunyai keupayaan
memiliki harta sama ada mukalaf atau bukan mukalaf. Sekiranya penerima hibah
bukan mukalaf seperti belum akil baligh atau kurang upaya, hibah boleh
diberikan kepada walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya. Penerima hibah
mestilah menerima harta yang dihibahkan dan berkuasa memegangnya. Dengan kata
lain, penguasaan dan kawalan terhadap harta mestilah diberikan kepada penerima
hibah.
iii. Barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub)
Barang
atau harta yang hendak dihibahkan itu perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
a. Ia
hendaklah barang atau harta yang halal.
b.
Ia hendaklah sejenis barang atau harta yang mempunyai nilai di sisi syarak.
c.
Barang atau harta itu milik pemberi hibah.
d. Ia
boleh diserahmilikkan.
e.
Ia benar-benar wujud semasa dihibahkan. Contohnya, tidak sah hibah barang yang
belum ada seperti menghibahkan anak lembu yang masih dalam kandungan atau hibah
hasil padi tahun hadapan sedangkan masih belum berbuah dan sebagainya.
f.
Harta itu tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak boleh
dipisahkan seperti pokok-pokok, tanaman dan bangunan yang tidak termasuk tanah.
Mengikut
Mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali, hibah terhadap harta yang berkongsi yang
tidak boleh dibahagikan adalah sah hukumnya. Dalam Islam, barang yang masih
bercagar (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan daripada
penggadai atau peminjam.
iv. Sighah iaitu ijab dan qabul
Sighah
hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan
penerimaan hibah. Ia tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
a. Ada
persambungan dan persamaan antara ijab dan qabul.
b.
Tidak dikenakan syarat-syarat tertentu.
c.
Tidak disyaratkan dengan tempoh masa tertentu. Hibah yang disyaratkan dengan
tempoh tertentu seperti yang berlaku dalam al–‘umra dan al-ruqba adalah sah
hukumnya tetapi syarat tersebut adalah terbatal.
Antara
contoh lafaz ijab secara terang (sarih) adalah seperti kata pemberi “Aku
berikan barang ini kepadamu” atau secara kinayah seperti kata pemberi “Aku
telah menyerahkan hak milik kepadamu” atau “Aku jadikan barang ini untukmu”.
Sementara
contoh lafaz qabul (penerimaan) pula ialah seperti “aku terima”, “aku reda” dan
sebagainya.
Dalam
Undang-Undang Islam, sesuatu hibah itu sudah sah dengan adanya ijab dan qabul
dengan perkataan atau apa-apa cara yang membawa erti memberi milik harta tanpa balasan
(‘iwad).
Mengikut
Mazhab Maliki dan Syafii, penerimaan (qabul) itu hendaklah diambil kira dalam
menentukan sah atau tidaknya sesuatu hibah.
Sebaliknya,
golongan Hanafi menganggap bahawa ijab sahaja sudah memadai untuk menentukan
sahnya sesuatu hibah itu.
No comments:
Post a Comment