Perkataan marad al-mawt bermaksud sakit yang boleh
menyebabkan kematian.
Syarat-syarat berikut diperlukan bagi menentukan
marad al-mawt, iaitu:
i. penyakit
itu yang menyebabkan kematian si mati,
ii.
penyakit itu menyebabkan kecemasan
kematian dalam fikiran si mati, dan
iii.
terdapat tanda-tanda luar yang menunjukkan bahawa penyakit itu berat.
Dalam Perkara 1595 Majallah al-Ahkam al-„Adliyyah,
istilah marad al-mawt bermaksud sakit yang kebanyakannya membawa kepada
kematian, di mana sakit itu boleh melemahkan orang sakit daripada melihat
maslahat (kepentingan) di luar rumahnya jika dia seorang lelaki, dan
melemahkannya daripada melihat maslahat (kepentingan) di dalam rumahnya jika
dia seorang perempuan. Pesakit itu mati dalam keadaan sedemikian sebelum
berlalu masa satu tahun sama ada dia terlantar atas katil atau sebaliknya.
Sekiranya keadaan sakit tersebut berterusan dan
telah berlalu masa satu tahun, maka hukumnya sama seperti orang sihat, ertinya
segala urusannya (tasarruf) sama seperti urusan orang sihat selagi sakit itu
tidak terlalu berat dan tidak berubah keadaannya. Tetapi sekiranya penyakit itu
bertambah berat dan keadaannya telah berubah dan dia mati dalam keadaan
sedemikian, maka keadaan (daripada waktu berlaku perubahan sehingga kematiannya)
sakit itu dianggap sebagai marad al-mawt.
Daripada definisi di atas, perkataan marad al-mawt
mempunyai ciri-ciri berikut:
i. sesuatu
penyakit itu yang meyebabkan kematian.
ii.
kematian yang diakibatkan oleh sesuatu penyakit itu berlaku dalam masa satu
tahun atau selepas masa satu tahun (dalam keadaan penyakit itu bertambah
berat).
iii.
sesuatu penyakit itu boleh membuat seseorang pesakit itu lupa atau lalai
tentang kepentingan yang bersifat keduniaan.
Hibah pada masa marad al-mawt ialah pemberian yang
dibuat oleh seseorang yang sakit tenat yang boleh membawa kepada kematian.
Dalam undang-undang Islam pemberian itu melibatkan dua jenis undang-undang
iaitu undang-undang hibah dan wasiat. Sekiranya pemberi hibah menemui ajal
berikutan dengan lafaz pemberian itu, maka pemberian itu samalah seperti
pemberian melalui wasiat dan tertakluk kepada hukum wasiat iaitu:
i. Pemberian itu tidak melebihi 1/3 daripada
harta si mati, dan
ii.
Pemberian itu tidak diberikan kepada waris kecuali waris-waris lain telah
bersetuju.
Walau bagaimanapun, jika pemberi hibah itu hidup
maka pemberian itu termasuk di dalam hukum hibah dan tertakluk kepada hukum
pemberian semasa hidup iaitu penyerahan hak pemunyaan oleh pemberi hibah kepada
penerima hibah.
Dalam Majallah al-Ahkam al ‘Adliyyah juga ada
diterangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan hibah yang dibuat ketika
marad al-mawt, antaranya:
i.
Apabila seseorang yang tidak mempunyai
waris menghibahkan semua hartanya kepada seseorang pada masa marad al-mawt,
kemudian pemberian itu diterima maka hibah itu hukumnya adalah sah (Perkara
877).
ii.
Apabila seseorang suami menghibahkan semua hartanya kepada isterinya atau
sebaliknya pada masa marad al-mawt dan hibah itu telah diterima, sedangkan
mereka tidak mempunyai waris lain, maka hibah itu juga hukumnya sah dan
baitulmal tidak boleh campurtangan dalam harta peninggalannya (Perkara 878).
iii.
Apabila seseorang telah menghibahkan sesuatu harta kepada salah seorang daripada
waris pada masa marad al-mawt dan selepas kematiannya waris-waris lain tidak
bersetuju, maka hibah itu hukumnya tidak sah (Perkara 879).
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKalau harta yg dihibahkan kepada pihak lain yg didaftar atas nama si mati, tetapi dalamnya adalah hak harta sepencarian bekas isteri yg belum dijelaskan, adakah hibah itu sah atau tidak sah?
ReplyDeleteSeandainya si mati semasa hidup menghibahkan sejumlah yg besar hartanya dalam 18 bulan sebelum kematian, walaupun sedang menghadapi kes tuntutan hutang, yg akan menybabkan hutangnya tidak berbayar, adakah hibah itu boleh dibatalkan?